NEW YORK – Pasaran minyak mentah kembali mengukuh memperbaiki kerugian selepas ekuiti-ekuiti global menjunam dalam rekod terbesar dalam tempoh dua tahun sepanjang seminggu lalu.
Niaga hadapan minyak mentah Brent merosot AS$0.20 atau 0.3 peratus kepada AS$62.59 manakala minyak mentah West Texas Intermediate Amerika Syarikat meningkat AS$0.09 sen kepada AS$59.29 setong, naik 0.2 peratus.
“Pasaran meningkat pada hari ini. Ia berkaitan dengan kelemahan dalam dolar,” Gene McGillian, Pengarah Penyelidikan Pasaran di Tradition Energy di Stamford, Connecticut.
Nilai dolar yang lemah membantu menyokong minyak dengan menjadikan harga minyak murah untuk pemegang mata wang lain.
Harga minyak mentah naik lebih awal, mengatasi kebimbangan peningkatan pengeluaran Amerika Syarikat akan menggugat pengurangan bekalan daripada Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC), kata McGillian.
Pengeluaran minyak mentah Amerika Syarikat dijangka meningkat pada bulan Mac sebanyak 111,000 tong sehari dari bulan sebelumnya menjadi 6.76 juta tong sehari, kata Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) dalam laporannya semalam. – MalaysiaGazette