Pengerusi Gabungan Akar Umbi UMNO Malaysia (GAUM), Datuk Zulkarnain Mahdar (tengah) pada sidang media selepas membuat laporan mengenai hubungan sulit DAP-Israel di Balai Polis Sri Petaling, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR – Lebih dua tahun sudah berlalu, namun sehingga kini DAP masih tidak mengambil tindakan mahkamah berhubung dakwaan pemimpin Pas bahawa parti  itu mempunyai hubungan dengan Israel di Singapura.

Pengerusi Gabungan Akar Umbi UMNO Malaysia (GAUM), Datuk Zulkarnain Mahdar berkata, sikap berdiam diri pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang seolah-olah dakwaan itu berasas.

“Tiga tuduhan dibuat sehingga kini belum ada apa-apa tindak balas daripada DAP sendiri. Pada 2 Januari 2016, sehari selepas kita buat laporan polis, Lim Kit Siang telah respon terhadap laporan polis pada 1 Januari 2016.

“Beliau menjangkakan peguam-peguam DAP akan memulakan tindakan undang-undang dalam tempoh sehari dua lagi. Ini sudah dua tahun, seolah-olah apa yang mereka tuduh ini adalah sesuatu yang benar,” katanya selepas membuat laporan di Balai Polis Sri Petaling semalam.

Pengerusi Gabungan Akar Umbi UMNO Malaysia (GAUM), Datuk Zulkarnain Mahdar (tengah) pada sidang media selepas membuat laporan mengenai hubungan sulit DAP-Israel di Balai Polis Sri Petaling, Kuala Lumpur, semalam.

Sebelum ini, Pengarah Penyelidikan Pas Pusat, Dr. Mohd Zuhdi Marzuki mendedahkan kononnya kononnya DAP ditawarkan RM1.2 bilion daripada Israel sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lalu.

Selain itu, bekas pegawai khas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Mohamed Razali Abd Rahman pula mendakwa DAP mempunyai hubungan seirus dengan Israel dan lebih mengancam keselamatan negara dan sensitiviti umat Islam di Malaysia.

Antara tiga dakwaan itu ialah, pakar perisikan Israel terlibat untuk melatih G17 atau kumpulan seramai 17 orang pakar strategi DAP yang diketuai oleh Tony Phua; Guan Eng kerap ke Singapura bertemu dengan wakil kedutaan Israel serta dakwaan sebuah pengkalan tentera Israel baharu akan diwujudkan di Port Dickson sebagai balasan jika DAP berjaya menguasai Putrajaya.

Zulkarnain juga mahu polis menyiasat segera perkara itu yang sebelum ini menimbulkan kegelisahan rakyat khususnya umat Islam di negara ini.

“Kita minta tolong pihak polis menyiasat perkara ini, ia satu malapetaka yang besar sekiranya ianya benar-benar berlaku.

“Malah Guan Eng pernah menelefon Mohamed Razali supaya menarik balik tuduhan itu, saya nampak ada benda yang tidak betul.

Kita tahu tentera Israel ada di Singapura dan tidak mustahil. Isreal mungkin ada tali barut-tali barut,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast