Home Ekonomi Kelemahan dolar pacu harga minyak

Kelemahan dolar pacu harga minyak

SINGAPURA – Keuntungan harga minyak melonjak dari sesi sebelumnya, didorong oleh kelemahan dolar dan kenyataan Arab Saudi yang lebih rela kekurangan bekalan berbanding mengakhiri perjanjian OPEC.

Niaga hadapan minyak mentah Amerika Syarikat, West Texas Intermediate (WTI) berada pada AS$ 61.02 setong pada 0147 GMT, naik AS$0.42 sen daripada penyelesaian terakhir mereka selepas mengaut keuntungan 2.4 peratus pada sesi sebelumnya.

Niaga hadapan minyak mentah Brent pula berada pada AS$64.64 setong, naik 0.4 peratus, peningkatan 2.6 peratus pada hari Rabu.

Harga naik disebabkan kelemahan berterusan dolar Amerika Syarikat berbanding mata wang utama lain, disokong oleh kenaikan pasaran saham, kata peniaga.

Nilai dolar yang lemah berpotensi menyokong penggunaan komoditi berdenominasi dolar kerana ia menjadikan bahan bakar dan mentah lebih murah bagi negara-negara yang menggunakan mata wang lain.

“Di pasaran komoditi, semua orang suka jika nilai dolar Amerika lebih rendah,” kata Greg McKenna, ketua strategi pasaran di broker niaga hadapan AxiTrader.

Lebih penting lagi, pasaran minyak mendapat sokongan dari Arab Saudi, ketua de facto Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC), menyuarakan sokongan untuk terus mengekalkan perjanjian pengurangan bekalan dalam usaha mengetatkan pasaran dan menaikkan harga. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast