Home Nasional Salah guna nama Universiti Malaya

Salah guna nama Universiti Malaya

UM buat kali pertama telah berjaya disenaraikan sebagai 10 universiti terbaik di Asia dalam penarafan kali ini dengan mendapat tempat kesembilan berbanding tempat ke-13 pada penarafan tahun lepas.

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang seirus perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan nama universiti itu secara tidak sah untuk merekrut ekspatriat dan mendapatkan bayaran pendahuluan atas alasan untuk mendapatkan permit kerja atau visa.

Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan berhati-hati dengan penipuan menggunakan nama Universiti Malaya melalui emel “Employment offer letter from University Of Malaya,
Malaysia”.

Universiti Malaya menegaskan, semua proses pengambilan dilakukan melalui saluran rasmi dan pihak universiti tidak pernah melantik mana-mana pihak ketiga atau pun mana-mana ejen untuk bertindak bagi pihaknya.

Laman web rasmi Universiti Malaya adalah http://um.edu.my dan komunikasi e-mel mengenai pengambilan adalah dihantar menggunakan alamat e-mel dengan domain @um.edu.my.

Sebarang format lain adalah palsu, katanya yang kini sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan untuk menangani perkara tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast