Home Ekonomi Ahli AirAsia BIG boleh nikmati Internet percuma dalam pesawat

Ahli AirAsia BIG boleh nikmati Internet percuma dalam pesawat

KUALA LUMPUR– Ahli-ahli AirAsia BIG boleh menikmati Internet percuma menerusi ROKKI bermula hari ini.

Setiap ahli akan diberikan pelan berbual sebanyak 2MB bagi akses kepada aplikasi WhatsApp, WeChat, LINE, KakaoTalk dan Viber setiap kali mereka terbang di dalam pesawat yang mempunyai perkhidmatan Wi-Fi Rokki.

Mereka hanya perlu menyambungkan Wi-Fi Rokki semasa penerbangan dan melakukan log masuk ke portal ROKKI menggunakan butiran login AirAsia Big untuk menebus semula pelan berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Rokki, Lalitha Sivanaser berkata, ROKKI akan terus meningkatkan transformasi digital di dalam pesawat, menaik taraf portal dalam penerbangan yang menawarkan hiburan, muzik, permainan, berita dan membeli-belah.

“Kesalinghubungan merupakan perkara penting dalam hidup kita dan ROKKI amat memahaminya,

“Kami berharap Internet percuma ini akan membantu penumpang berhubung dengan keluarga serta sahabat handai mereka walau di mana mereka berada,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Setakat ini AirAsia mempunyai 44 pesawat yang dilengkapi dengan perkhidmatan ROKKI Wi-Fi.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast