PETALING JAYA – “Saya tidak ada kuda,” demikian kata Pengerusi Pakatan Harapan sebagai respon kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Tambahnya, kuda yang dimaksudkan adalah milik rakannya di Argentina dan ia hanya diberi makan lobak.
“Najib kata saya belanja duit banyak bagi makan kuda. Yang pertamanya saya tidak ada kuda di Argentina. Kawan saya ada kuda.
“Saya naik kuda orang lain punya. Saya tak pernah beli kuda, nasib baik ada orang bagi pinjam kuda. Kuda saya itu bila saya naik, lepas naik saya bagi makan. Bukan quinoa. Quinoa mahal. Kita bagi makan lobak. Lobak ini murah sahaja,” katanya kepada pemberita.
Semalam Najib berkata, Mahathir sudah tidak ada isu untuk dibangkitkan sehingga menimbulkan isu quinoa berbanding pencapaian terbaik negara dalam siri pentadbirannya. – MalaysiaGazette