Neelofa memohon agar netizen berhenti menyalahkan dan mengecam selebriti lain.
Neelofa

KUALA LUMPUR – Syarikat Neelofa, NH Prima International Sdn. Bhd memohon maaf berikutan kekecohan pelancaran koleksi tudung terbarunya yang mendapat kritikan hebat apabila berlangsung di sebuah pusat hiburan baru-baru ini.

Pengarah Urusan NH Prima, Noor Nabila Mohd Noor dalam kenyataannya berkata, pihaknya mengambil serius dan mendengar semua pandangan netizen berhubung isu tersebut.

“Kami kini telah mengambil langkah segera untuk membetulkan situasi ini. Tiada yang lebih penting dari mendapatkan kembali kepercayaan dan keyakinan semua.

“Kami akan pastikan isu keagamaan dan kebudayaan akan
dititikberatkan dalam setiap keputusan yang dibuat pada masa hadapan dan kami amat berharap agar diberi peluang untuk memperbaiki diri dan memperbetulkan keadaan,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Neelofa dikecam hebat selepas penganjuran majlis tersebut kerana dianggap tidak sensitif melancarkan koleksi tudungnya di tempat yang tidak sepatutnya.

Noor Nabila menjelaskan, sepanjang majlis itu, syarikatnya telah mengambil setiap langkah berjaga-jaga untuk memastikan apa-apa jenama dan botol-botol minuman keras, gelas serta perkakas diasingkan dan dikeluarkan sepenuhnya daripada tempat tersebut sebelum berlangsungnya majlis.

Akses ke bar dan kelab lain juga ditutup dan merokok adalah dilarang sama sekali sepanjang majlis tersebut. Kami juga mendapatkan katerer luar untuk menyajikan makanan
halal.

Semua perkasas termasuklah sudu, garfu dan gelas yang digunakan oleh para tetamu juga disediakan oleh katerer tersebut, tambahnya.

Beliau berkata, pihaknya telah membuat keputusan untuk mengadakan majlis pelancaran ini di tempat berkenaan
kerana kemudahan yang ditawarkan.

Malah, katanya, pusat hiburan itu juga menawarkan ruang untuk disewa sebagai ruang acara pada setiap hari Ahad dan Isnin kerana ia tidak dibuka untuk kunjungan umum. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast