Projek 12 Purnama membariskan18 tenaga pengajar yang pakar dalam bidang masing-masing.

KUALA LUMPUR – Kumpulan pakar strategi perniagaan dikenali Geng Ultra menyasarkan seramai 1,000 usahawan bagi membimbing usahawan dalam talian untuk melangkah terus dalam bidang perniagaan menerusi Projek 12 Purnama.

Pengasasnya, Ku Addy Fazly Ku Raden, idea projek tersebut tercetus melalui pengalaman jatuh merudum dalam dunia perniagaan sebelum ini.

Beliau berkata ketika ini, seramai 60 usahawan telah menyertai projek dan terdapat di kalangan mereka memperoleh pendapat mencecah RM1 juta.

“Seramai 18 orang tenaga pengajar yang bertauliah dalam bidang perniagaan masing-masing bersolidariti dalam memberi tunjuk ajar kepada usahawan dalam talian bagi mengembangkan perniagaan yang diterokai.

“Selain ilmu perniagaan dalam talian, ahli-ahli Projek 12 Purnama turut didedahkan dengan strategi pemasaran dan rangkaian atau networking secara berkesan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran Projek 12 Purnama di sini baru-baru ini.

Pengasas Projek 12 Purnama, Ku Addy Fazly Ku Raden

Ku Addy Fazly menambah, terdapat 18 topik seperti Strategi Pemasaran dan Penjenamaan, Penceritaan Copywriting, Teknik Pengiklanan FB, Teknik Google, Aura Insta, Bisnes Autopilot, Pemasawan Emel, Strategi  Offline, Material Pemasaran Melalui Telefon, Seni Berlakon Dalam Video Pemasaran, Teknik Affiliate Untuk Bisnes, Neuro-Linguistic Programming (NLP) dan Seni Berbicara.

Jelas beliau, opik lain seperti Mobile Apps, Original Equipment Manufacturer (OEM) dan BIna Jenama Sendiri, Teknik Closing Online, Formula Pembangunan Ejen, Website dan Landing Page serta Pensyarikatan

“Semua topik berkenaan disampaikan oleh guru yang pakar dalam bidang masing-masing dan ilmu terkini yang padat serta lengkap disediakan dalam bentuk 1,000 video dan audio. Usahawan dan bakal usahawan yang berminat dalam program ini akan mempelajari teknik berkaitan secara langkah demi langkah menerusi panggilan telefon.

“Untuk menjadi usahawan yang maju dan berdaya saing, semua usahawan perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan serta cara pemasaran terkini seperti yang diamalkan oleh ramai ahli perniagaan lain yang sudah berjaya.

“Geng Ultra adalah gagasan yang ditubuhkan khusus bagi membantu seramai mungkin mereka yang ingin berjaya dalam bidang perniagaan tetapi tidak mengetahui kaedah yang betul perlu dilakukan,” katanya.

“Untuk bergerak seiring dengan kepantasan perubahan yang dibawa, usahawan dan bakal usahawan digalakkan sentiasa belajar dari semasa ke semasa berkenaan dengan ilmu perniagaan yang baru supaya perniagaan dijalankan boleh kekal konsisten dan lebih berjaya pada masa depan,” katanya.

Selain ilmu perniagaan dalam bentuk video dan audio, Projek 12 Purnama turut menganjurkan seminar perniagaan dan keusahawanan selama 12 bulan berturut-turut. Semua topik dikendalikan oleh barisan pakar yang berpengalaman luas dalam bidang masing-masing, berkelayakan dan diiktiraf seperti Hirman Razali, Izan Shafiee, Shamsul Qamar dan Shahfizzam Moideen.

Dua projek sebelum ini iaitu Seminar Bangkit dan Seminar Terbang Tinggi berjaya menarik lebih 1,000 peserta yang memperoleh idea mengenai prinsip asas strategi pemasaran berkesan dan juga strategi yang diterapkan oleh ramai usahawan dalam meningkatkan jualan dan keuntungan.

Memegang motto Bantu Dulu Sebelum Dibantu, Geng Ultra yang ditubuhkan pada November 2016 hasil cetusan Ku Addy Fazly yang mendapat ilham daripada watak adiwira Ultraman.

Sementara itu, mereka yang hanya mahu mengikuti Program 12 Purnama dikenakan bayaran sebanyak RM2,000.

“Jumlah RM2,000 itu, jika individu berkenaan memperkenalkan kepada Ultra Geng untuk menjadi ahli, maka dia akan beroleh komisyen RM1,000.

“Tidak rugi mendaftar sebagai ahli bahkan banyak manfaat dan ilmu yang ditimba dan saya juga ingin memberitahu bahawa pengisian modul atau gerak kerja yang dirangka dalam 12 Purnama tidak sama seperti yang terdapat di Amerika Syarikat mahupun Australia.

“Jadi, adalah menjadi hasrat kami di Geng Ultra untuk menambah jumlah tenaga pengajar daripada 18 orang dengan 18 tajuk berbeza kepada 50 orang tenaga pengajar pada masa akan datang,” katanya. – MalaysiaGazette