Mustapa berpuas hati dengan kempen calon BN Kelantan dan setakat ini tidak berlaku kekacauan.
Mustapa berpuas hati dengan kempen calon BN Kelantan dan setakat ini tidak berlaku kekacauan.

KUALA LUMPUR- Pemeteraian Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Kerjasama Trans-Pasifik (CPTPP) menghantar petunjuk kukuh terhadap komitmen setiap negara anggota terhadap sistem perdagangan bebas dan terbuka dan menentang langkah pelindungan yang diamalkan Amerika Syarikat di bawah kepimpinan Presiden Donald Trump.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, meskipun tanpa kehadiran AS, Malaysia tetap akan mendapat manfaat akses pasaran daripada negara-negara seperti Kanada, Peru dan Mexico.

“Penyertaan Malaysia dalam CPTPP akan memberi manfaat kepada negara dari segi penambahbaikan urustadbir dalam pelbagai sektor ekonomi, mengukuhkan kerjasama ekonomi dalam kalangan negara anggota dan meningkatkan penggunaan standard antarabangsa.

“Malaysia percaya perjanjian ini akan membantu negara untuk meningkatkan agenda pelaburan dan perdagangan kita dan mengurangkan cabaran persekitaran ekonomi global,” katanya dalam satu kenytaan di sini hari ini.

Tambah Mustapa, secara keseluruhan, Malaysia mampu menerima limpahan manfaat CPTPP dengan membuka pintu kepada lebih banyak syarikat-syarikat tempatan melebarkan sayap mereka ke luar negara dan dalam masa yang sama mengukuhkan kedudukan sebagai destinasi pelaburan terpilih yang akhirnya akan menambah peluang pekerjaan berkualiti kepada rakyat negara ini.

Rakyat Malaysia secara umumnya akan turut mendapat manfaat daripada peningkatan pilihan barangan dan perkhidmatan kepada pengguna di dalam pasaran.

“Malaysia telah pun memulakan langkah-langkah perlu untuk meminda undang-undang berkaitan dalam usaha untuk menyempurnakan proses ratifikasi dan membolehkan pelaksanaan CPTPP secepat mungkin.

“Sebagai salah seorang perintis yang berjaya berunding mengikut “syarat kita”, Malaysia tidak seharusnya melepaskan peluang untuk menerima manfaat daripada perjanjian tersebut dan usaha-usaha untuk menyempurnakan proses ratifikasi perlu diperkukuh,”  katanya.

Menurut Mustapa, dengan temetrainya CPTPP, MITI dan kementerian-kementerian lain dan agensi-agensi di bawahnya kini akan memfokus kepada memuktamadkan rundingan RCEP.

Jelasnya, CPTPP dan RCEP akan menjadi pemangkin kepada rejim pelaburan dan perdagangan yang lebih terbuka dan adil di rantau Asia Pasifik.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast