KUALA LUMPUR – Satu gempa bumi lemah berukuran 3.1 skala Richter melanda Ranau, Sabah pada pukul 8.09 pagi ini selepas kawasan tersebut digegarkan dengan gempa bumi sederhana berskala 5.2 Richter malam semalam.
Jabatan Meteorologi Malaysia berkata, pusat gempa itu berpusat di 6.1 utara dan 116.6 timur, kira-kira 16 kilometer di barat laut Ranau.
“Gegaran dirasai di sekitar Ranau, Sabah. Tiada tsunami,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini. – MalaysiaGazette