Home Dunia Mayat Gabriel ditemui dalam bonet kereta ibu tirinya

Mayat Gabriel ditemui dalam bonet kereta ibu tirinya

Gabriel Cruz

MADRID – Misteri kehilangan seorang kanak-kanak lelaki sejak dua minggu lalu, akhirnya terjawab dengan penemuan mayat dalam bonet kereta ibu tirinya.

Ibu tirinya, Ana Julia Quezada Cruz kini ditahan polis.

Ana Julia Quezada Cruz dan Angel Cruz. foto Agensi

Gabriel Cruz, 8, dilaporkan hilang semasa dia meninggalkan rumah neneknya di Las Hortichulas untuk keluar bermain.

Ibu dan bapa mangsa, Angel Cruz sukar mempercayainya anak mereka hilang kerana Gabriel tahu kawasan sekitar dengan baik.

Sejak itu, 4,000 anggota polis dan sukarelawan digerakkan untuk mencari Gabriel termasuk di kawasan pantai.

Bagaimanapun, dalam usaha mencari itu, Ana dilaporkan menemui baju-T milik Gabriel, mendorong polis menjalankan siasatan termasuk menggunakan anjing pengesan.

Malah, sejak itu, gerak-geri Ana menjadi perhatian polis.

“Pagi ini, Pengawal Awam menghentikan kereta Ana semasa dia mengangkut mayat kanak-kanak lelaki itu ke dalam kereta,” kata Menteri Dalam Negeri, Juan Ignacio Zoido. – MalaysiaGazette