MANCHESTER – Pemain Manchester United, Michael Carrick mengumumkan beliau akan bersara akhir musim ini.
Pemain berusia 36 tahun itu telah bersama the Red Devils selama 12 musim selepas berhijrah dari Tottenham Hotspurs.
Carrick turut memberi bayangan bahawa dia akan mengambil tugas kejurulatihan di bawah pengurusan Jose Mourinho.
“Apabila fizikal anda memberitahu kamu untuk berhenti bermain bola sepak, dan itulah keindahannya di mana saya berada sekarang,” katanya.
Carrick hanya melakukan empat penampilan di bawah bimbingan Jose Mourinho musim ini selepas mengalami kadar denyutan jantung yang tidak normal.
Pemain itu telah menjalani pembedahan jantung dan berehat selama dua bulan.
Pada November lalum Mourinho menegaskan bahawa Carrick mempunyai masa depan di Old Trafford apabila menggantung butnya suatu hari nanti. – MalaysiaGazette