Gambar hiasan

KUANTAN – Polis menahan seorang lelaki berumur 41 tahun yang didakwa meliwat enam pelajar sebuah pusat tahfiz di sini, sejak awal Disember tahun lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Kama Azural Mohamed berkata, suspek merupakan sukarelawan di situ dan aktif memberi sumbangan barangan keperluan harian dan pakaian di pusat itu sejak 2015.

Katanya, mangsa berusia dalam lingkungan 14 hingga 17 tahun dan perbuatan terkutuk suspek terbongkar pada Isnin lepas menyebabkan tenaga pengajar di pusat berkenaan membuat laporan polis.

“Siasatan mendapati suspek yang bekerja sendiri melakukan kesalahan itu sebanyak antara satu hingga lima kali terhadap setiap mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Kama Azural menambah suspek ditangkap pada hari sama laporan dibuat dan telah direman bermula semalam sehingga 19 Mac.

Kes disiasat di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast