Home Ekonomi Pengeluaran getah asli susut

Pengeluaran getah asli susut

KUALA LUMPUR – Pengeluaran getah asli menyusut sebanyak 2.0 peratus pada Januari 2018 kepada 65,792 tan metrik berbanding Disember 2017.

Bagaimanapun, bagi perbandingan tahun ke tahun menunjukkan peningkatan sebanyak 1.4 peratus pada Januari 2018 berbanding Januari 2017, menurut Jabatan Perangkaan.

Harga purata bulanan lateks pekat dan Getah Mutu Malaysia 20 (G.M.M 20) pada Januari 2018 adalah 474.95 sen sekilogram dan 587.69 sen sekilogram, masing-masing meningkat sebanyak 0.4 peratus dan 1.2 peratus berbanding Disember 2017.

Eksport getah asli pada Januari 2018 dicatatkan sebanyak 46,928 tan metrik, jatuh sebanyak 9.7 peratus berbanding bulan sebelumnya. Lima destinasi utama eksport getah asli adalah China, Germany, Iran, Vietnam dan Brazil.

Penggunaan domestik getah asli pula meningkat 1.6 peratus kepada 44,302 tan metrik pada Januari 2018 berbanding bulan sebelumnya. Industri terbesar menggunakan getah asli adalah industri sarung tangan getah iaitu 32,854 tan metrik (74.2%).

Dari segi stok, paras stok getah asli meningkat 10.5 peratus kepada 254,525 tan metrik pada akhir Januari 2018. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast