Home Nasional Barang tidak berjenama punca KRIM gagal

Barang tidak berjenama punca KRIM gagal

Johari Abdul Ghani

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) bagus tetapi gagal kerana kedai itu meletakkan barang-barang yang jenamanya tidak dikenali.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, masyarakat Malaysia tidak kira latar belakang sama ada berpendidikan tinggi, sederhana mahupun yang tercicir cukup berhati-hati dengan jenama barang yang dibeli.

“Saya bagi tahu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, KR1M gagal sebab jual barang yang masyarakat umum tak kenal jenamanya.

“Masyarakat di luar bandar pun kalau nak minum air coklat, nak milo. Kena ada brand yang steady. Kalau beras pun, mereka pun nak tengok beras yang steady juga, yang ada kualiti bukan saja murah. Murah tetapi berkualiti, ada nilai untuk wang yang dibelanjakan,” katanya dalam program Bersama Menteri di RTM malam tadi.

Beliau yang menyokong pelaksanaan KR1M 2.0 berkata, kerajaan akan cuba meningkatkan jumlah kedai tersebut dengan barang berkualiti dan harga berpatutan.

“Kita jangan guna perkataan murah sebab ia membawa maksud kualiti rendah,” katanya. – MalaysiaGazette