Home Dunia Versace tidak mahu guna bulu binatang lagi?

Versace tidak mahu guna bulu binatang lagi?

Donatella Versace

MILAN – Jenama fesyen terkemuka dunia, Versace berikrar tidak akan sesekali menggunakan bulu asli binatang dalam produknya sampai bila-bila.

Menurut pemilik dan ratu fesyen Itali, Donatella Versace mendakwa, pihaknya tidak akan berkompromi dengan perkara tersebut lagi.

“Bulu haiwan? Saya tidak mahu lagi. Saya tidak mahu membunuh haiwan untuk fesyen. Ini sebenarnya tidak betul dan kami dalam Versace tidak akan sesekali kompromi dalam isu ini,” tegasnya.

Donatella yang baru-baru ini dalam temuramahnya dengan The Economist berkata, Versace telah lama menghentikan amalan menggunakan produk itu sejak sekian lama.

Namun demikian, Donattela tidak mengulas lanjut bila sebenarnya syarikat fesyen itu menghentikan penggunaan bulu binatang.

Ibu pejabat Versace di Milan, Itali pula sehingga kini belum dapat tidak memberikan respons mengenai kenyataan itu.

Versace pula, masih lagi aktif menjual barangan berasakan bulu binatang secara talian.

Sebelum ini, Versace dilaporkan enggan menyertai jenama fesyen terkenal lain termasuk Armani, Calvin Klein, Hugo Boss dan Ralph Lauren yang sudah tidak menggunakan bulu haiwan dalam koleksi mereka.

Antara koleksi pakaian berbulu Versace. foto Agensi

Jenama mewah ini mempunyai sejarah besar menggunakan pelbagai spesis haiwan dalam rekaan mereka termasuk mink dan rakun.

Badan hak asasi haiwan seperti Humane Society International pernah berkempen untuk menghentikan perdagangan bulu haiwan di seluruh dunia dan melemparkan kritikan terhadap jenama ini.

Koleksi musim luruh Versace bagi 2017 termasuk kot bulu mink dan musang. – MalaysiaGazette