Kebakaran yang berlaku di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) yang terletak di Hospital Kuala Lumpur (HKL)

KUALA LUMPUR – Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) yang terletak di Hospital Kuala Lumpur (HKL) terbakar sebentar tadi.

Memetik sumber, pihak bomba dan penyelamat Malaysia menerima panggilan kecemasan jam 12.30 tengahari tadi.

Empat jentera pemadam dikejarkan ke kawasan terbabit yang terdiri daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Chow Kit, BPP Hang Tuah, BPP Setapak dan BPP Jalan Tun Razak.

“Kebakaran dipercayai berlaku dalam bangunan forensik HKL,” demikian menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur.

Punca kebakaran masih disiasat. -MalaysiaGazette.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast