Home Seni Hidup Siti Nurhaliza selamat melahirkan seorang puteri

Siti Nurhaliza selamat melahirkan seorang puteri

KUALA LUMPUR – Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza selamat melahirkan puteri sulungnya di sebuah pusat perubatan kira-kira 8.17 pagi tadi.

Bayinya yang dilahirkan secara pembedahan itu seberat 3.55 kilogram.

Siti dan bayinya dalam keadaan baik.

Pengurusnya, Rozi Abdul Razak berkata, Siti dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa mengucapkan terima kasih di atas doa dan sokongan daripada ahli keluarga, rakan-rakan dan peminat dan media sejak awal kehamilan sehingga saat-saat melahirkan puteri sulung mereka.

“Pasangan ini memilih hari Isnin untuk kelahiran anak pertama bersamaan dengan hari kelahiran Nabi Muhammad, selain jatuh pada 1 Rejab,” katanya melalui Instagram.

Buat masa ini SIti akan berehat dan menumpukan perhatian pada hari-hari awal bergelar ibu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast