PEKAN – Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah meminta Kementerian Kerja Raya mengkaji semula struktur jalan Sungai Koyan ke Cameron Highlands yang cerunnya runtuh di beberapa kawasan baru-baru ini.

Baginda bertitah kajian itu perlu dilakukan untuk mengelak kejadian tidak diingini yang membahayakan keselamatan pengguna jalan tersebut.

“Saya ingin menzahirkan kebimbangan tentang Jalan Sungai Koyan berhampiran Lembah Bertam yang dilawati baru-baru ini kerana berlaku kejadian cerun runtuh. Saya rasa sudah sampai masanya pihak kementerian kaji semula seluruh jalan itu ke Genting Highlands.

“Kalau kita tunggu untuk jalan itu runtuh pada masa akan datang mungkin kos baiki masa depan akan berganda. Namun, jika adakan satu kajian yang terperinci sekarang dan baik pulih segera dilakukan, ia dapat mengurangkan kurangkan kos khususnya dalam soal penambahbaikan dan penyelenggaraan,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada projek membaik puih jalan menggunakan kaedah ‘Cold-in-Place Recycling’ (CIPR) di Jalan Teluk Ganchong Lepar di sini, hari ini. Turut berangkat Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.-BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast