Penerima Anugerah Surat Penghargaan, Ketua Jurufoto Malaysia Gazette, Noor Asrekuzairey Mat Salim (kanan) dan Jurufoto Malaysia Gazette, Muhammad Affan Fauzi bergambar bersama surat penghargaan yang diterima sempena Majlis Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-211 Tahun 2018 di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang, Selangor. foto MALAYSIA GAZETTE, 25 MAC 2018

SEPANG – Dua jurufoto Malaysia Gazette dan seorang dari The News Straits Time (NST) menjadi penerima sijil penghargaan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini.

Ini kerana mereka bekerjasama menumpaskan penyamun yang cuba menjual barangan curi dalam sebuah laman sesawang Febuari lalu.

Ketiga-tiganya ialah Noor Asrekuzairey Mat Salim, Muhammad Affan Fauzi (MalaysiaGazette) dan Mohd. Hafiz Sohaimi dari NSTP menerima anugerah sempena Majlis Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-211 di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang.

Ketua Polis Daerah Sepang Selangor, Abdul Aziz Ali bergambar kenangan bersama penerima Anugerah Surat Penghargaan, Ketua Jurufoto Malaysia Gazette, Noor Asrekuzairey Mat Salim (kiri), Jurufoto Malaysia Gazette, Muhammad Affan Fauzi (dua kanan) dan Jurufoto NSTP, Mohd Hafiz Sohaimi (kanan) bergambar bersama surat penghargaan yang diterima sempena Majlis Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-211 Tahun 2018 di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang, Selangor. foto MALAYSIA GAZETTE, 25 MAC 2018

Ketua jurufoto portal ini, Noor Asrekuzairey merakamkan setinggi penghargaan kepada PDRM  atas penganugerahan tersebut.

Beliau berkata, usaha menangkap penjenayah yang menyamun set kamera SLR Nikon D800, kanta telefoto dan kanta kamera serta telefon bimbit Huawei Nouva 2 Plus tidak berjaya dengan kerjasama rakan-rakan sekerjanya.

“Saya terima ini wakilkan untuk semua warga Malaysia Gazette dan pasukan jurufoto kami atas sokongan mereka,” katanya.

Salah seorang daripada penerima sijil penghargaan hari ini iaitu Muhammad Affan merupakan mangsa samunan yang berlaku pada 18 Febuari semasa dalam perjalanan dari Sepang ke Ampang dengan menaiki motosikal milik bapanya selepas membuat liputan berita di Sungai Pelek, Sepang.

Motosikal yang ditungganginya kehabisan minyak dan suspek menawarkan diri membantunya menunda motosikal sehingga ke stesen petrol.

Kemudian suspek bertindak menjualnya di laman sesawang yang disedari salah seorang jurufoto yang kemudian memaklumkan kepada kumpulan Noor Asreykuzairey sebelum mereka merancang untuk menyamar sebagai pembeli dengan bantuan PDRM -MalaysiaGazette

Geng jurugambar tumpaskan penyamun