BALIK PULAU – Seorang penyelia kilang maut disambar petir berhampiran Pantai Teluk Kumbar semasa hujan lebat malam tadi.
Mangsa, Mohamad Amin Osman, meninggal dunia di tempat kejadian berhampiran dewan orang ramai di Gertak Sanggul.
Ketua Polis Daerah, Supritendan, A. Anbalagan berkata, kejadian itu berlaku semasa mangsa dan dua rakannya sedang menunggu bot untuk membawa mereka ke Pulau Kendi untuk memancing.
Kematian mangsa diklasifikasikan sebagai kes mengejut.
Dua lagi rakannya hanya mengalami kesan kebas di tangan. – MalaysiaGazette