Home Dunia Polis jadi sasaran pengganas menjelang pilihan raya Mesir

Polis jadi sasaran pengganas menjelang pilihan raya Mesir

Polis mengawal ketat di lokasi serangan di Alexandria, Mesir. foto CNBC

KAHERAH: Dua anggota polis terbunuh di bandar Alexandria, Mesir dalam serangan bom semalam, yang menyasarkan ketua keselamatan tempatan dua hari sebelum pemilihan presiden.

Kejadian itu turut menyebabkan lima orang cedera selepas bom yang diletakkan di bawah sebuah kereta meletup.

Letupan itu berlaku semasa pegawai tertinggi polis, Mejar Jeneral Mostafa al-Nemr melalui kawasan itu, kata Kementerian Dalam Negeri.

Bagaimanapun, Mostafa tidak mengalami kecederaan.

Tidak ada pihak yang mengaku bertanggungjawab atas insiden itu tetapi agensi berita Mesir menyalahkan Ikhwanul Muslim, pergerakan yang diharamkan di negara itu.

Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) mengeluarkan video bulan lepas, mana ia memberi amaran kepada rakyat Mesir terhadap pilihan raya dan mendesak pihak Islam untuk menyerang pasukan keselamatan dan pemimpin.

Kerajaan mengutuk serangan itu dan memberitahu ia tidak akan menjejaskan proses pilihan raya yang akan bermula Isnin ini.

Presiden Abdel Fattah al-Sisi dijangka memenangi pilihan raya itu untuk penggal kedua.

“Percubaan-percubaan terdesak oleh pasukan pengganas dan negeri-negeri yang menyokongnya untuk mempengaruhi suasana positif negara sedang menyaksikan keteguhan negara Mesir untuk menyelesaikan proses politik dan kemajuan ekonomi,” kata Perdana Menteri, Sherif Ismail. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast