MIRI – Pelancong lelaki warga Britain, Nigel Bevan yang kritikal setelah terjatuh ketika mendaki Gunung Mulu semalam, meninggal dunia pagi ini.

Ketua Bomba dan Penyelamat Miri, Law Poh Kiong berkata, menurut pasukan mencari dan menyelamat yang tiba di lokasi kejadian, ketika mereka berjaya menemui pelancong berusia 50 tahun itu malam tadi, beliau masih sedar dan boleh bercakap.

Mangsa, bagaimanapun tidak sedarkan diri semasa dibawa turun ke bawah pada 2.28 pagi, katanya di sini hari ini.

Beliau berkata Unit Udara Bomba Miri dari Mulu kemudiannya membawa mangsa ke Hospital Miri menerima rawatan pada 9.35 pagi ini.

Mangsa mengalami kecederaan parah pada kepala akibat terjatuh di laluan dikenali sebagai ‘Pinnacle Trail’ di Gunung Mulu semalam. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast