Home Dunia White House nafi skandal Trump

White House nafi skandal Trump

Donald Trump
Donald Trump

WASHINGTON – White House menafikan dakwaan bahawa Presiden Amerika Syarikat mempunyai hubungan intim dengan pelakon Stormy Daniels.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Daniels membuat pendedahan mengenai hubungannya dengan Donald Trump pada tahun 2016 semasa wawancara dalam program 60 Minuters di CBS.

“Presiden tidak percaya sebarang dakwaan yang dibuat oleh Stormu malam tadi adalah tepat,” menurut jurucakap Raj Shah.

Daniels, 39, memberitahu dalam rancangan yang disiarkan pada malam Ahad lalu, dia menerima wang sejumlah AS$130,000 daripada peguam Trump, Michael Cohen sebelum pilihan raya presiden 2016.

Sebelum ini peguam Trump menuntut Daniels membayar ganti rugi sebanyak AS$20 juta kerana mendakwa pelakon itu telah melanggar penjanjian yang tidak didedahkan.

Wanita itu pula menyaman presiden dengan mendakwa perjanjian yang ditandatangani itu tidak sah kerana Trump tidak menurunkan tandatangannya.

Daniels juga telah meminda saman itu dengan memasukkan Cohen sebagai defendan dan mendakwa peguam itu memfitnahnya dengan kenyataan yang dibuatnya mengenai pembayaran tersebut.

Pelakon itu dalam wawancara turut mendedahkan beliau diancam oleh individu yang tidak dikenali di tempat letak kereta pada tahun 2011 yang meminta dia ‘meninggalkan Trump bersendirian’.

Shah berkata presiden tidak mempercayai tuntutan Daniels itu benar, sambil menambah Cohen perlu ditanya tentang spesifikasi aturan tentang kewangan.

“Presiden itu dengan kukuh, jelas dan konsisten telah menafikan tuntutan ini dan satu-satunya orang yang tidak konsisten adalah orang yang membuat tuntutan itu,” tambah Shah. – MalaysiaGazette