Jamie Vardy

ENGLAND – Jamie Vardy mengakui dia tidak tahu menahu tentang sistem Pembantu Pengadil Maya (VAR) yang dilaksanakan dalam liga bola sepak England sejak awal musim ini.

Sebaliknya pemain itu berkata, dia memerlukan masa untuk memahami peranan dan fungsi sistem itu.

Gol pertama Vardy untuk skuad England gagal dipertahankan pada malam Selasa setelah Itali menjaringkan gol penyamaan menerusi sepakan penalti yang diberikan menerusi pengadilan sistem VAR.

Pengurus England Gareth Southgate mengadu insiden James Tarkowski didenda tidak mengikut peraturan dan kriteria sistem VAR.

Vardy menyatakan kekeliruan yang timbul akibat sistem itu dalam skuad England menjelang kempen Piala Dunia Rusia 2018.

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) memberi lampu hijau untuk pelaksanaan sistem VAR dalam kempen Piala Dunia Rusia 2018 yang bakal membuka tirai pada 12 Jun ini.

Namun Vardy menyatakan keyakinan pasukannya dapat memahami sistem itu apabila digunapakai untuk tempoh panjang sepanjang kempen piala dunia itu nanti.

Sebelum wartawan menyoal, Vardy lantas menjawab:”Jangan tanya saya mengenai sistem VAR. Saya tidak tahu apa maknanya.

“Lagipun saya tidak mampu memberi jawapan jika tanya saya.

“Saya hanya difahamkan sistem VAR diguna pakai dalam temasya piala dunia kali ini.

“Saya tahu ia pernah dilaksanakan untuk sukan lain dalam skrin besar supaya semua penonton turut dapat melihat peranan VAR,” katanya.

Vardy berpengalaman dengan sistem VAR yang telah digunakan dalam pengadilan perlawanan Piala FA bersama Leicester City tetapi bimbang mengenai kelewatan dalam menentukan sesuatu keputusan gol di atas padang.- MalaysiaGazette