Foto laman rasmi Johor Southern Tigers.

KUALA LUMPUR – Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan kedatangan Harry Novillo ke kelab itu itu apabila jendela perpindahan dibuka pada Jun ini.

Berita itu diumumkan oleh Pengarah Sukan JDT, Martin Prest di laman rasmi Johor Southern Tigers

Prest meluahkan rasa gembira dengan kehadiran penggempur dari Perancis berusia 26 tahun itu serta mengalu-alukan kehadirannya.

“Merah, putih dan biru. Api apabila ia dibakar, ia akan menjadi sesuatu yang tidak dapat dihalang.”

“Kelab ini ingin mengalu-alukan kehadiran Harry Novillo, bekas pemain Lyon dan Melbourne City serta sedang bermain di Dubai ketika ini. Diaakan menyertai kami di JDT apabila jendela perpindahan dibuka nanti,” katanya.

Prest menanggap Novillo sebagai pemain muda yang dahagakan sesuatu dan memilih JDT kerana kelab tersebut paling berkembang, bercita-cita dan bersungguh-sungguh di Asia Tenggara.

“Kelab ini berasa sukacita dan gembira untuk memiliki pemain yang berkaliber, pemain muda yang dahagakan sesuatu pencapaian terbaik, serta ingin menjadi sebahagian daripada kelab yang paling pesat berkembang, paling bercita-cita dan bersungguh-sungguh di Asia Tenggara.”

“Sekali lagi, kami ingin mengalu-alukan kehadiran Harry Novillo bersama Keluarga JDT. Bersama-sama kita akan mencipta sejarah,” katanya.

Novillo dalam ucapan ringkasnya berkata:

“Saya membara, anda membara, letakkan kami bersama, bagaimana mereka akan menghalang kami?” – MalaysiaGazette