Home Utama Cukup sampai di sini- Khamil Jamil

Cukup sampai di sini- Khamil Jamil

Pengerusi DRB-Hicom, Tan Sri Khamil Jamil.

KUALA LUMPUR- Tiada apa lagi yang perlu dirisaukan oleh Pengerusi DRB-Hicom, Tan Sri Khamil Jamil saat beliau mengambil keputusan meninggalkan syarikat konglomerat itu.

Ini kerana menurut Khamil, di bawah kepimpinan Datuk Seri Syed Faisal Albar, DRB-Hicom kini berada di bawah kepimpinan seorang ketua yang bagus dan cekap, katanya.

Menurut sumber yang rapat dengan tokoh korporat ternama itu, Khamil merasakan beliau sudah terlalu lama berada di syarikat berkenaan dan merasakan sudah tiba masanya untuk beliau berlalu pergi.

Tambahnya, cukuplah dua tahun sahaja beliau berkhidmat sebagai pengerusi dan bersedia melepaskannya untuk diambil alih oleh orang lain pula.

Semalam, DRB-Hicom menerusi satu kenyataan media mengumumkan peletakan jawatan Khamil yang berkuatkuasa 1 April ini bagi meneruskan minat peribadinya.

Khamil yang mempunyai latar belakang pendidikan dalam bidang undang-undang mula menyertai DRB-Hicom sebagai Timbalan Pengarah Urusan pada Oktober 2005 sebelum dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Urusan Kumpulan pada 1 Mac 2006 dan memegang jawatan tersebut selama 10 tahun sebelum diambil alih oleh Syed Faisal.

Di bawah kepimpinan Khamil, pelbagai kejayaan yang telah dilakar olehnya termasuk mengambil alih Pos Malaysia Bhd. dan melakukan transformasi ke atas syarikat pos tersebut sejajar dengan perkembangan teknologi terkini.

Beliau juga merupakan antara individu penting di dalam memuktamadkan pencarian rakan strategik Proton Holdings Bhd.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast