Robert Lewandowski

JERMAN – Penyerang Bayern Munich, Robert Lewandowski mahu berhijrah ke Real Madrid akhir musim ini.

Laporan di Sepanyol mendakwa bintang antarabangsa Poland itu yang berada dalam prestasi terbaik memasang impian untuk menamatkan karier bola sepak di Santiago Bernabeu.

Akhbar Sepanyol, AS melaporkan Lewandowski akan memaklumkan kepada Bayern hasratnya yang mahu meniggalkan Bundesliga akhir musim ini.

Sebarang tindakan penghijrahan Lewandowski ke Real Madrid didakwa akan merugikan the Bavarians.

Penyerang itu menjaringkan 100 gol dalam 121 untuk Bayern Munich.

Bayern perlu segera menggantikan Lewandowski dan telah menyenaraikan Alvaro Morata, Edinson Cavani dan Timo Werner sebagai pemain layak.

Walaupun Lewandowski mempunyai impian untuk menyertai kelab gergasi Sepanyol itu, pasukan Ligue 1 Perancis, Paris Saint Germain juga menyediakan dana besar £131 juta (RM711 juta) untuk khidmatnya.

Namun, Presiden Madrid, Florentino Perez sudah memaklumkan Zinedine Zidane bahawa pemain berusia 29 tahun itu adalah milik Galacticos musim depan.- MalaysiaGazette