Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi Awang

KUALA TERENGGANU – Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya tidak banyak menjejaskan peluang parti itu untuk menang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Beliau berkata PAS yakin masih boleh memenangi PRU14 menerusi undi golongan muda.

“Kita meletakkan harapan menerusi undi pengundi muda iaitu kira-kira 30 peratus daripada jumlah pengundi sedia ada,” katanya kepada pemberita selepas majlis Dialog Rakyat PAS Terengganu di sini, hari ini.

Rabu lepas, usul kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya diluluskan Dewan Rakyat setelah mendapat sokongan majoriti anggota Parlimen melalui undi belah bahagian dengan menerima sokongan 129 anggota Parlimen dan 80 yang menolak.- BERNAMA.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast