KUALA LUMPUR – Tindakan Kelab Aku Budak Chow Kit (KABCK) memasang poster dan banting #TolakJohariGhani adalah simbolik kepada penolakan Ahli Parlimen kawasan itu didalangi pihak tertentu, kata Setiausaha UMNO Bahagian Titiwangsa, Datuk Azizul Rahman Mohd Hussain.

Tindakan yang disifatkannya tidak bijak itu jelas memerlukan perbelanjaan yang besar adalah di luar kemampuan NGO yang muncul lebih kurang setahun lalu.

“Mereka ini baru sahaja lebih kurang setahun, kita kenal mereka kurang lebih dalam setahun.

“Saya tengok NGO ini adalah yang bukannya besar, bukan yang mempunyai kemampuan melabur sebegitu banyak banting semua nak gantung itu mempunyai modal yang besar, nak buat benda begitu rentetean jumlah banting yang digantungdan tenaga kerja yang begitu ramai. Saya membayangkan mereka ini mempunyai seseorang di belakangnya.

“Saya tidak dapat bayang kenapa mereka buat benda tidak bijak seperti ini, pasti mereka didalangi oleh orang-orang tertentu,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pengakuan kumpulan NGO tempatan kawasan itu bertindak memasang poster dan banting sebagai tanda protes terhadap Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang dianggap gagal memberi perkhidmatan terbaik di Parlimen Titiwangsa.

Poster dan kain rentang ‘Say No!! To DJ’ dan ‘kami ahli UMNO akar umbi Titiwangsa memohon kepada YAB Perdana Menteri agar memilih calon lain selain daripada Datuk Johari #TolakJohariGhani #JoeSombong #JoeAngkuh #asalbukanjoeghani @JoeBongkak digantung di sekitar kawasan Chow Kit dan Keramat kemudiannya tular di laman sosial.

Namun Azizul enggan mengulas lanjut ekoran perkara itu kini sedang disiasat oleh polis.

Bagaimanapun beliau mempertahankan Johari sebagai wakil rakyat yang berkhidmat dengan penduduk setempat secara konsisten walaupun dihimpit dengan jadual yang padat. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast