KUALA LUMPUR- Maxis Communications, syarikat induk kumpulan telekomunikasi India, Aircel Ltd. (Aircel) menyuntik Rs 95 core (RM56.42 juta) untuk membantu syarikat yang sudah muflis itu membayar gaji para pekerja.

The Economic Times, India dalam laporannya berkata, pengurusan Aircel bekerjasama erat dengan Maxis bagi membantu para pekerja menerusi anak syarikatnya yang berpangkalan di Mauritius, Global Communication Services Holdings (GCSH).

Sambil memetik GCSH, The Economic Times berkata, syarikat berkenaan telah menyuntik Rs 95 core pada akhir Mac untuk membayar gaji dan perbelanjaan lain untuk tempoh sebulan setengah apabila Interim Resolution Professional telah dilantik oleh Tribunal Kebangsaan Undang-Undang Syarikat (NCLT).

Menurut laporan tersebut, kira-kira 5,000 pekerja Aircel tidak dibayar gaji sejak Februari.

Aircel telah memfailkan pelindungan bankrap daripada NCLT pada Februari.

Menurut The Economic Times, pemilik Maxis Communications, Tan Sri Ananda Krishnan telah menyuntik kira-kira AS$7 bilion sejak 12 tahun lalu tanpa mendapat sebarang pulangan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast