LONDON – West Bromwich Albion telah memecat Alan Pardew dari jawatan pengurus kelab itu.
The Baggies kini menghuni tangga tercorot Liga Perdana Inggeris (EPL) dan ketinggalan 10 mata untuk menjamin zon selamat.
West Brom tewas 2-1 kepada Burnley pada Ahad lalu sekali gus menamatkan peluang untuk keluar dari zon penyingkiran.
Darren Moore kini mengambil alih tugas pengendalian skuad utama The Hawthorns.
Kelab itu dalam kenyataan rasmi berkata:” West Bromwich Albion dan Alan Pardew mencapai kata sepakat untuk meninggalkan kelab setelah perbincangan mendalam.
“Penolong Ketua Jurulatih, John Carver juga akan meninggalkan kelab ini.
“Darren Moore digantikan sementara sehingga notis selanjutnya dikeluarkan oleh kelab,”.
Jurulatih berusia 56 tahun itu hanya mengutip 8 mata daripada 18 perlawanan setakat ini. – Agensi