Sultan Sharafuddin Idris Shah
Sultan Sharafuddin Idris Shah

KUALA LUMPUR – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan menyerahkan watikah pelantikan Hakim Mahkamah Syariah, Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah dan Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah, Negeri Selangor.

Antara penerima watikah pada istiadat yang diadakan di Istana Bukit Kayangan adalah Faathir Md Tahir, 36, dan Masroha Duki, 40, yang dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rendah Syariah.

Manakala Ab. Malek Awang, 46, dan Nadiah Khamis, 42 pula dilantik sebagai Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah.

Nor Hafizah Mayikhi, 32 dan Ahmad Lutfi Senin, 36, pula dilantik sebagai Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah.

Semua pelantikan yang berkuatkuasa pada 31 Januari 2018 itu dibuat selaras dengan Seksyen 60 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) Tahun 2003.

Sementara itu, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Azmi Diron pula dilantik sebagai Ahli Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Turut hadir pada istiadat itu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Exco Hal Ehwal Agama Islam, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Ketua Hakim Syarie Selangor, Yang Amat Arif Mohammad Adib Husain. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast