Yang DiPertuan Agong, Sultan Muhammad V membaca titah pada majlis pembukaan Sidang Parlimen Penggal ke-15 Parlimen ke-13 di Dewan Rakyat Parlimen Malaysia, Kuala Lumpur. foto ASHRAF MUSTAQIM BADRUL MUNIR, 6 MAC 2017.

KUALA LUMPUR- Sidang Dewan Rakyat ditangguhkan sekitar jam 1 petang tadi selepas usul Kementerian Kewangan diluluskan.

Sebelum itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said membentangkan usul untuk menangguhkan sidang Parlimen ke-13 dengan meminta Dewan Rakyat tidak ditangguhkan sebelum pindaan Akta Tatacara Kewangan diluluskan.

Katanya, selain pindaan itu, kesemua perkara lain akan ditangguhkan termasuk sidang Dewan Rakyat.

Ketika menangguhkan sidang, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia di dalam ucapan penutupnya mengucapkan terima kasih kepada semua ahli dewan.

Manakala ahli Parlimen kerajaan yang diwakili Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta semua ahli dewan termasuk pembangkang untuk kekal bersahabat.

“Terima kasih kepada semua termasuk pembangkang walaupun kita akan bertemu di medan perang tidak lama lagi.

“Meskipun berbeza pendapat di dalam dewan yang mulia ini, saya berharap kita masih kekal bersahabat di luar sana,” katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menjalankan tugas dengan baik.

Ketua Pembangkang, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail turut diberi peluang untuk menyampaikan ucapan penutup.

Kesemua ahli Dewan Rakyat kemudiannya dijemput untuk bergambar bersama Speaker.

Dewan Rakyat kali ini bersidang selama 20 hari bermula 5 Mac lalu dan ditangguhkan hari ini bagi memberi laluan kepada pilihanraya umum yang ke-14 tidak lama lagi.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast