Home Nasional Istana Negara jadi tumpuan media

Istana Negara jadi tumpuan media

KUALA LUMPUR – Pengamal-pengamal media sudah berkumpul di luar perkarangan Istana Negara sejak 6.30 pagi ini berikutan desas-desus pembubaran Parlimen hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dikatakan akan mengadap Yang di-Pertuan Agung, Sultan Muhammad V pagi ini untuk mendapat pekenan bagi pembubaran Parlimen untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Ke-14.

Parlimen sudah menangguhkan persidangan pukul 1 petang semalam selepas bersidang selama 20 hari bermula 5 Mac lalu.

Tempoh Parlimen pada penggal ini akan berakhir pada 24 Jun 2018. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast