PUTRAJAYA – Perpaduan rakyat akan semakin tercabar menjelang PRU-14 tidak lama lagi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Katanya, selepas pembubaran Parlimen pagi tadi kesatuan rakyat yang berbeza ideologi dan fahaman politik akan teruji.
“Apatah lagi di saat pembubaran Parlimen saat ini kekuatan perpaduan amat mencabar,” katanya ketika menyampaikan ucapan di Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Hadiah Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan malam tadi.
Namun Jamil Khir yakin rakyat yang cintakan negara dan mengamalkan politik matang tidak akan memecahkan perpaduan di antara satu sama lain.
“Namun kita yakin di atas kematangan politik dan semangat cintakan negara rakyat mampu menterjemahkan kesejahteraan negara walauoun berbeza politik, keharmonian negara menjadi keutamaan.
“Walau apa pun pokoknya wajib menjaga kesatuan,” katanya lagi. -MalaysiaGazette