KUALA LUMPUR – Berita baik kepada penerima-penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Anak-anak penerima BR1M yang mendaftar di institusi pengajian tinggi (IPT) akan menerima bantuan sekali sebanyak RM1,500.

Selain itu, dalam menambah baik BR1M berlandaskan perilaku bersyarat penerima seperti penglibatan dalam latihan kemahiran dan memastikan anak-anak mendapat imunisasi.

Sejumlah 7,084,726 permohonan telah diluluskan bagi menerima BR1M 2018 sehingga 31 Mac lalu.

Jumlah itu merangkumi bantuan RM1,200 kepada 3,705,853 penerima isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah, bantuan RM900 kepada 324,973 penerima isi rumah yang berpendapatan bulanan antara RM3,001 hingga RM4,000 dan bantuan RM450 kepada 3,053,900 penerima individu yang berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah.

Bantuan itu membabitkan peruntukan sebanyak RM6.12 billion, kata Kementerian Kewangan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast