Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melihat kertas cetakan ayat Al-Qur'an sambil diberi penerangan oleh Pengerusi Eksekutif Yayasan Restu, Datuk Abdul Latif Mirasa (kiri) turut kelihatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (tiga kiri) dan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adanan Tengku Mansor (tiga kanan) ketika melawat kilang operasi selepas Majlis Pelancaran Wakaf Al-Qur'an Peringkat Kebangsaan 2017 dan Perasmian Operasi Percetakan Al-Qur'an di Nasyrul Quran, Presint 14, Putrajaya. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 13 JUN 2017

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) berhasrat untuk menubuhkan Universiti al-Quran untuk melahirkan lebih banyak huffaz yang boleh menghafal al-Quran, juga pakar dalam profesional lain.

Selain itu, Barisan Nasional juga mahu melahirkan 125,000 huffaz yang berkelayakan dalam bidang profesional dalam sains, matematik dan kejuruteraan.

Ia juga akan melengkapkan sekolah-sekolah tahfiz dengan sistem latihan kemahiran Giat Mara.

Meskipun Barisan Nasional merupakan sebuah perikatan politik pelbagai kaum, etnik dan agama tetapi asas pembentukan negara ini memberi tempat istimewa kepada Bumiputera dan orang Islam.

Ia jelas termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. – MalaysiaGazette