Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menyatakan sokongan penuh kepada Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang membuat keputusan untuk bertanding jawatan presiden UMNO.
Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

BUKIT JALIL – Janji Barisan Nasional (BN) untuk mengembalikan hak-hak Sabah dan Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 merupakan kemenangan besar buat negeri itu.

Pengarah Strategik Komunikasi BN, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, pengembalian hak menguruskan industri gas dan minyak sudah tentu akan menggembirakan rakyat negeri itu seterusnya terus menjadi tulang belakang parti pada pilihan raya kelak.

“Pengembalian hak-hak negeri Sabah itu amat penting dalam perlembagaan dan semangat Perjanjian Malaysia ditentukan bahawa industri gas dan minyak di dalam tangan rakyat negeri Sabah.

“Alhamdulillah, Perdana Menteri telah membuat keputusan mengembalikan hak itu kepada negeri Sabah.

“Sudah tentu rakyat Sabah dan Sarawak adalah pemenang paling besar dalam manifesto tersebut.

“Ini akan membolehkan Sabah dan Sarawak terus menyokong BN dan menjadi tulang belakang kepada BN,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi melancarkan Manifesto parti itu untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di Stadium Axeta Arena.

Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Pelancaran Manifesto Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 07 APRIL 2018

Dalam pada itu, Rahman berkata, 14 teras manifesto BN yang ditawarkan tidak hanya semata-mata kemenangan untuk Sabah sahaja, sebaliknya turut memberi perhatian kepada seluruh rakyat.

Beliau yakin ia tidak akan diumumkan jika tidak boleh dicapai.

“Manifesto yang dibentangkan tadi adalah untuk kemenangan semua. Tiada orang yang ketinggalan, itu yang penting semua orang mendapat sesuatu daripada manifesto ini.

“Manifesto ini terbaik, boleh capai dan akan dapat dibuat,” kata Ahli Parlimen Kota Belud itu. – MalaysiaGazette