LABUAN – Seorang wanita dan anak lelakinya mengalami kecederaan pada bahagian bahu dan tangan selepas dilibas dengan parang oleh suaminya yang mengamuk, hari ini.

Dalam insiden lebih tiga jam bermula 3 petang, suspek yang mengamuk berlari berhampiran Pusat Koreksional Labuan, bertentangan Taman Mahkota Impian, Jalan Bukit Timbalai di sini, dipercayai bertindak demikian kerana menghadapi masalah rumah tangga.

Suspek yang bertugas di Pusat Koreksional Labuan, turut mengalami kecederaan selepas menetak lehernya dengan senjata itu.

Lelaki itu juga turut dilihat bertengkar dengan beberapa orang dipercayai rakan sekerjanya yang cuba menenangkannya.

Wartawan Bernama yang berada di lokasi kejadian, menyaksikan suspek beberapa kali meletakkan parang itu di perutnya dan mengugut mahu membunuh diri.-BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast