Sultan Sharafuddin Idris Shah
Sultan Sharafuddin Idris Shah

KUALA LUMPUR – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan membubarkan Dewan Negeri Selangor (DNS) untuk memberi laluan diadakan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Istiadat pembubaran diadakan di Balai Dewan Diraja, Istana Alam Shah Klang, pagi ini.

Baginda turut berkenan menandatangani proklamasi pembubaran DNS sebagai simbolik perkenan pembubaran diadakan.

Terdahulu Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengadap Sultan Selangor untuk memohon perkenan baginda bagi lanjutan proses pembubaran DNS, tepat jam 10 pagi tadi.

Istiadat pembubaran DNS dilakukan selaras ketetapan Perkara IV Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.

Terdahulu, pembubaran Dewan Rakyat diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada 7 April lalu bagi memberi laluan kepada PRU14. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast