KUALA LUMPUR – Pengumuman hari membuang undi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei depan telah mencetus kan kebimbangan buat peminat penghibur antarabangsa Bruno Mars.
Ini konsert penyanyi antarabangsa itu di Kuala Lumpur kebetulan akan berlangsung pada hari sama.
Bagaimanapun penganjur konsert tersebut, PR Worldwide menerusi laman rasmi Facebook mereka meminta agar peminat bersabar dan menantikan pengumuman rasmi berhubung perkara itu.
“Terima kasih atas semua mesej dan panggilan telefon yang dibuat berhubung konsert Bruno Mars yang jatuh pada hari sama mengundi.
“PR Worldwide akan membuat kenyataan rasmi tidak lama lagi,” tulis pihak syarikat itu di Facebook.
Hari ini, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Mohd Hashim Abdullah mengumumkan hari pembuangan undi bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan diadakan pada 9 Mei.
Konsert Bruno Mars 24K Magic World Tour bakal diadakan di Axiana Arena, Bukit Jalil dan kesemua 12,000 tiket telah pun habis dijual. – MalaysiaGazette