MUNICH – Selepas dikaitkan dengan beberapa kelab ternama, Thomas Tuchel akhirnya bersetuju menjadi pengurus Paris Saints German (PSG) pada musim depan.
Keputusan pengurus Borussia Dortmund itu akan menyebab Bayern Munich, Arsenal dan juga Chelsea berputih mata.
Arsene Wenger dijangka akan meninggalkan Arsenal selepas tamat musim ini dengan baki kontrak masih setahun pada akhir musim ini.
Laporan Bild di Jerman melaporkan Tuchel sudah bersetuju dengan kontrak dua musim dengan PSG bagi menggantikan Unai Emery.
PSG sebelum ini sudah membayangkan mereka tidak akan menyambung kontrak Emery.
Ini selepas beliau gagal memberikan piala UCL terutamanya dalam dua musim terakhir walaupun dibarisi pemain-pemain terbaik dunia.
Musim lalu, PSG disingkirkan Barcelona walaupun selesa mendahului dalam perlawanan pertama.
Musim ini, mereka disingkirkan Real Madrid dan Unai Emery menjadikan pengadil sebagai alasan.
Seterusnya, Emery juga dilihat tidak mampu mengawal bilik persalinan beliau yang dipenuhi dengan bintang. Ada beberapa insiden tidak harmorni berlaku di bilik persalinan musim ini.
Dalam isu penalti, Unai Emery menyatakan beliau memilih Cavani sebagai petugas utama.
Namun dalam beberapa perlawanan terakhir sebelum Neymar cedera, pemain itu mengambil sepakan itu dalam kedudukan Cavani berpeluang menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman di PSG. – MalaysiaGazette