KUALA LUMPUR – Personaliti televisyen Wardina Safiyyah menyuarakan pendiriannya secara umum tidak menyokong Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Beliau dilihat lantang menerusi kenyataan di Facebook dengan berkata BN sudah terlalu lama memerintah negara.

“Tidak, saya tidak takut untuk menyatakan sokongan saya bukan kepada BN. Saya tidak perlu menjilat sesiapa untuk kerjaya atau berada di televisyen lagi.

“BN tidak memiliki negara ini dan mereka sudah berkuasa terlalu lama,” katanya baru-baru ini.

Namun dalam masa yang sama Wardina turut menyatakan tidak yakin dengan parti pembangkang yang ada dalam negara iaitu Pakatan Harapan.

Tambahnya, rakyat Malaysia memerlukan pemimpin yang jujur dan yang mempunyai kelayakan untuk memimpin tanpa rasuah.

“Saya mengakui terdapat orang yang baik dan jahat dalam parti. Terdapat juga orang yang begitu hebat dalam BN walaupun cuma sedikit.

“Saya juga mengagumi beberapa individu daripada BN dan terdapat beberapa karakter yang saya sangsi dalam Pakatan (Harapan).

“Malaysia, kita memerlukan pemimpin jujur. Mereka yang benar-benar mengambil berat…mereka yang mempunyai kelayakan.

“Saya sudah penat dengan pemimpin bodoh. Dan cukup…cukuplah dengan korupsi dan menjadikan diri kamu kaya-raya. Menyampah,” tambahnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast