Filem Paskal arahan Adrian Tan (depan tengah).

KUALA LUMPUR – Trailer filem Paskal yang mengisahkan Pasukan Khas Laut (Paskal) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berjaya mencuri perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib yang memuat naik video trailer berdurasi 49 saat melalui laman Twitter hari ini menyifatkannya sebagai hebat.

Paskal diangkat daripada kisah benar yang mengisahkan kejayaan pasukan elit itu dalam Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Angola pada 1998 selain misi merampas kapal dagang MT Bung Laurel daripada lanun Somalia di Teluk Aden pada 2011.

Filem Andrian Tan itu yang menjalani penggambaran di Lumut, Perak, Semporna, Sabah dan Maghribi itu dibintangi pelakon Hairul Azreen, Datuk Eizlan Yusof, Ammar Alfian, Henley Hii, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Hafizul Kamal, Theebaan G dan Jasmine Suraya Chin.

Barisan pelakon yang membintangi filem berkenaan turut menjalani latihan pendek bersama TLDM di Lumut bagi menjiwai watak dengan lebih berkesan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast