KUALA LUMPUR – Penyanyi muda dalam kategori ‘Budak-budak baru nak up (BBNU) Haqiem Rusli yang terkenal dengan lagu ‘Tergantung sepi’ baru-baru ini mendapat perhatian netizen apabila memakai jam tangan pemberian peminatnya.

Perkara itu diakui Haqiem apabila ada netizen yang bertanyakan kepadanya menerusi live di Instagramnya selepas dilihat memakai jam tangan itu.

Haqiem kemudian tanpa segan silu mengakui perkara itu dan sempat berterima kasih atas pemberian tersebut.

Tambah Haqiem Rusli, dia memang sering memakai semua barangan pemberian peminatnya sebaga tanda menghargai sokongan mereka.

Dalam pada itu ramai peminatnya yang mula bertanya kepada Haqiem Rusli adakah barangan pemberian mereka sebelum ini turut dipakai oleh penyanyi itu.

Lebih lucu, ada yang bergurau kepada penyanyi lagu ‘Jatuh bangun’ itu yang menyuarakan niat memberikan hatinya.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast