Datuk Seri Mustapha Mohamed.

KUALA LUMPUR- Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed menolak cadangan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump untuk menyertai semula Kerjasama Trans-Pasifik (kini dikenali sebagai Perjanjian Komprehensif dan Progresif untuk TPP atau CPTPP).

Jelasnya, sebarang rundingan semula akan menyebabkan perubahan besar yang mungkin akan menyukarkan pakatan perdagangan yang telah pun dicapai menerusi kesepakatan di antara negara-negara yang terlibat.

Katanya, walaupun Malaysia mengalu-alukan penyertaan AS namun terma dan syarat yang telah dipersetujui dalam CPTPP perlu dikekalkan kerana semua negara anggota telah melalui satu proses rundingan yang panjang demi untuk memastikan manfaat yang seimbang kepada semua pihak.

Pakatan perdagangan yang melibatkan 11 negara itu pada asalnya turut dianggotai Amerika Syarikat namun negara berkenaan menarik diri dengan alasan untuk melindungi kepentingan rakyat mereka sebaik selepas Trump mengambil alih kerusi Presiden daripada Barrack Obama.

“Trump mahukan perjanjian tersebut ditambah baik. Jadi beliau hanya akan memberi pertimbangan sekiranya terma dan syarat perjanjian ditambah baik.

“Bagi Malaysia, kita telah melalui satu perjalanan yang panjang dan maksima.

“Malaysia tidak akan membuat konsesi tambahan dalam perjanjian tersebut,” katanya dalam posting di Twitternya.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast