Shahrol Shiro memegang plakad pada Pelancaran Kempen Anti Buli Siber dan Berita Palsu di KLPAC, Sentul. foto FAREEZ FADZIL, 17 APRIL 2018.

KUALA LUMPUR – Pelawak, Shahrul Shiro mahu ‘persatuan makcik-makcik bawang’ dibubarkan segera bagi mengelakkan berlakunya kecaman dan fitnah termasuk kepada artis dan selebriti tanahair.

“Makcik bawang’ merupakan nama gelaran kepada golongan yang suka mengumpat dan menyebarkan berita palsu kepada orang ramai termasuk di media-media sosial.

Malah Shahrol atau nama sebenarnya Shahrol Azizie Azmi, 35, sendiri pernah menjadi mangsa berita palsu dimana dia dikatakan sudah meninggal dunia pada tiga tahun lepas.

“Saya pernah mengalami sendiri dimana saya masuk hospital tapi dalam media sosial orang sebarkan saya meninggal sampai adik saya menangis balik ke Johor dari Seremban sebab dapat tahu saya dah tiada.

“Jadi, menerusi kempen ini juga saya harap persatuan ‘mak cik-mak cik bawang’ terbubar,” katanya ketika sidang media bersama-sama barisan selebriti Kempen Anti Buli Siber dan Berita Palsu di sini hari ini. 

Jelas Shahrol, kempen sedemikian sangat perlu kerana pada masa ini media sosial telah disalahgunakan dan perlu ada kempen pencegahan dilakukan. 

Terdahulu kempen tersebut dirasmikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak sebagai sokongan dan galakan kepada artis tempatan untuk terus menyedarkan masyarakat tentang pentingnya menghindarkan diri daripada bertindak menggunakan media sosial sebagai medium menyebarkan berita palsu. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast