Mazlan Mansor

SHAH ALAM – Seorang lelaki berumur 38 tahun yang ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau Sosma maut ketika dalam tahanan di Lokap Berpusat Shah Alam di sini, malam tadi.

Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata lelaki itu ditemukan pengsan di dalam sebuah sel di lokap berkenaan oleh anggota bertugas yang kemudiannya terus membawa mangsa ke Hospital Shah Alam untuk mendapatkan rawatan.

“Tahanan tersebut, bagaimanapun disahkan meninggal dunia pada 9.05 malam tadi oleh pegawai perubatan di hospital tersebut.

“Proses bedah siasat akan dijalankan pagi ini bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Berikutan kejadian itu, Mazlan berkata pihak Pejabat Kesihatan Daerah Petaling akan menjalankan pemeriksaan ke atas kawasan lokap, semua tahanan dan petugas lokap berpusat itu hari ini.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast