KUALA LUMPUR – Tidak ada baiah taklik (cerai isteri) untuk semua calon Pas pada pilihan raya kali ini.
Sebaliknya kata Setiausaha Agung parti itu, Datuk Takiyuddin Hassan parti itu masih mengekalkan baiah (akuan bersumpah) taat setia sebelum pengumuman calon esok dan diselaraskan di seluruh negeri termasuk Kelantan.
“Kita menyediakan baiah akuan bersumpah kepada semua calon-cakon Pas mereka perlu melafazkan ikrar lafaz baiah terbahagi kepada empat iaitu calon dari ahli Pas, baiah dari calon daripada Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) yang bukan Islam tapi dalam Pas.
“Untuk Gagasan Sejahtera, ada islam dan bukan Islam ada akuan bersumpah sendiri dan bukan Islam ada,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Tambah Takiyuddin, baiah itu adalah sumpah dan ikrar antara calon dengan tuhan bukan dengan parti.
Justeru Pas tidak akan mengambil apa-apa tindakan atas risiko sebarang tindakan keluar parti.
“Baiah lebih kepada sumpah dan ikrar kepada tuhan kalau berbaiah kalau nak langgar boleh tanggung dengan tuhan kita tidak boleh ambil tindakan.
“Kalau bukan Islam integriti calon akan dipertikaikan (jika belot),” ujarnya lagi. – MalaysiaGazette